.:aku tetap aku:.

22 Dec 2015

ANAK ITU HADIAH DARI ALLAH

Tanggal 23hb Julai 2015 bersamaan 7 Syawal Tahun 1436H, umie selamat melahirkan awak wahai anakku, MUHAMMAD AMMAR ANAQI BIN MUHAMMAD RIDHWAN. Alhamdulillah. Pelbagai ujian umie tempoh sepanjang mengandungkan  awak, 6 minggu diwad. Ramai kawan umie tau sepanjang tempoh tu. Macam2 ragam. Pada masa yang sama, banyak Allah ajar umie, almaklum la, anak sulung kan. Terima kasih Ya Allah.

Ammar 0 month 
Anak abah

Seharum syurga


Ammar dilahirkan secara caesarean, mana ada ibu nak operate tapi nak buat macam mana, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita berdua. Umie ditolak ke bilik OT seawal jam 12 tengah hari dan tepat jam 12:45 t/h awak pun lahir kedunia. Disaat umie mendengar tangisan mu wahai anak, berderai air mata ini, Allah Yang Maha Mengetahui.



7 days

Dihari ke-7, awak dan umie kena tahan wad sebab bacaan jaundice awak tinggi. Masuk wad lagi, tapi alhamdulillah 1 malam je. Awak dilahirkan pada minggu ke-36 dengan berat hanya 2.35kg. Semua orang yang umie jumpa mesti cakap awak nie  kecik, sedih hati nie. Selama sebulan umie bertungkus-lumus untuk susukan awak, nak berat awak naik. Dan izin Allah, berjaya jugak. Alhamdulillah.

Buah hati umie dan abah


Peristiwa pada 16 Jun 2015, takkan pernah umie lupa. Ya Allah…. Ia ibarat seperti baru semalam berlaku. Pada malam itu, umie tengah lepak2 dengan nenek sementara tunggu waktu isyak masuk. Sebaik sahaja azan abes  berkemundang, umie pon berdiri kemudian tetiba darah mengalir keluar dari serviks umie. Bukan sikit, hamper 3L umie rasa. Umie tak rasa sakit dan tak rasa nak bersalin, lagi pun masa tu baru week 30. Nenek terus call ambulance. Dan itulah saat pertama kali umie naik ambulance bertemankan abah disisi. Umie diberitahu yang umie akan ditahan wad sehingga bersalin, bayangkan masa tu baru week 30. Lama kot nak tunggu tapi bila difikirkan semula, Alhamdulillah umie tidak dipaksa bersalin awal. Kalau tak, anak  umie akan lahir pramatang, itu lagi akan membuatkan umie sedih. Biarlah umie yang kena tahan dari awak yang kena tahan. Kes umie bukan kes luar biasa tapi ia kes yang jarang berlaku, ia dipanggil PLACENTA PREVIA Phase III. Hurm. Umie redha.
Ammar in action

1st Year Anniversarry <3

Walaubagaimanapun, umie bersyukur sebab awak kini membesar dengan sihat disamping umie dan abah, Alhamdulillah. Allah telah berikan awak rezeki yang begitu banyak, sejak dari awak lahir lagi Allah dah bagi awak rezeki. In Shaa Allah, yakinlah dengan rezeki Allah. Umie bersyukur kerana Allah izinkan umie susukan awak dan kita kena sama2 yakin bahawa susu itu dari Allah bukan  dari umie. Umie hanya hamba yang hina dan Allah telah susun rezeki awak melalui umie. Alhamdulillah.

3 Month
4 Month
4 1/2 Month
Nukilan ini umie buat khas buat anak umie, TAAT lah pada perintah Allah dan Allah akan ajar awak untuk taat pada umie dan abah, yakinlah wahai anak umie. Umie dan abah sayangkan awak dunia akhirat. Amin.

Love till Jannah :)





- THE END-