.:aku tetap aku:.

19 Feb 2014

Permata Hati Ku. Haha + Suzie :)

Tanggal 14hb Dec 2013, aku sambut OOP 2 ekor anak jantan Jabbar iaitu KOOKIE + HAHA. Dua minggu kemudian aku sambut pula 2 ekor anak betina Ronney iaitu Suzie + Sully. Alhamdulillah. Mereka membesar didepan mata aku sendiri selama hampir 2 bulan hingga kini. Bukan mudah nak jaga SUGAR GLIDER jika anda tiada sikap penyayang, sabar dan suka akan binatang seperti mereka yang kecil dan sangat manja serta sentiasa perlukan perhatian. 


- Jabbar -


- Ronney -

Tahun 2012, dalam bulan 10 aku mula bela Jabbar dulu. Beberapa bulan kemudian aku kesian tengok die sendirian tanpa teman jadi ak beli lagi sekor sugie betina nama die Ronney. Lepas kumpul duet selama beberapa bulan barulah aku beli pasangan mereka iaitu Galley. Alhamdulillah. Subur rupanye mereka nie. Maka lahirlah anak2 mereka yang comel2 belaka.


Kookie + Haha


Suzie + Sully

Alhamdulillah hari ini (19/2/2014), sepasang sugie telah dibeli dan dijaga oleh tuan mereka yang baru. Kedua2nya adalah Haha + Suzie. Walaupon sedih namun aku ikhlas lagipon nampak tuan baru dorang macam baek je. Jaga diri baek2 ye sayang. Mummy sentiasa sayang kalian. Namun mungkin ada yang lebih menyayangi kalian yang Allah dah aturkan sumenya. Insya Allah. Sesungguhnya Allah adalah perancang yang terbaek di alam semester. :)


K A M I = D I A + A K U

Alhamdulillah. Hari demi hari kami semakin serasi. Walaupon kadang2 byk perselisihan faham antara kami tetapi dia byk bertolak ansur dengan aku memandangkan aku memang nie orang yang cepat PANAS. huhuhu. Nama pon perempuan. Aku tidak sempurna. Maafkan diri ini. 


Kini dia sudah pergi, bukan untuk selamanye tetapi untuk 4 bulan je. Dia pergi menuntut ilmu Allah di India dan Bangladesh selama 4 bulan tu. Walau nampak mcm sekejap tapi bagi aku ia cukup lama. Sob3. Tetapi apa kan dayaku. Aku ikhlas terima ujian ini. Nie la masanye Allah nak cuba uji tahap kesetiaan aku pada dia insan yang bernama MOHAMMAD RIDHWAN KAMARUDDIN. Bakal suami ku dan imam ku. Insya Allah. Semoga Allah permudahkan jodoh kami. Sesungguhnya jodoh itu rahsia Mu Ya Allah.


Assalamualaikum abang, jaga diri baek2 ye di tmpt org. Sayang tunggu abang balik. Semoga jodoh kita kekal hingga ke jannah. Insya Allah. :)