Tanggal 14hb Dec 2013, aku sambut OOP 2 ekor anak jantan Jabbar iaitu KOOKIE + HAHA. Dua minggu kemudian aku sambut pula 2 ekor anak betina Ronney iaitu Suzie + Sully. Alhamdulillah. Mereka membesar didepan mata aku sendiri selama hampir 2 bulan hingga kini. Bukan mudah nak jaga SUGAR GLIDER jika anda tiada sikap penyayang, sabar dan suka akan binatang seperti mereka yang kecil dan sangat manja serta sentiasa perlukan perhatian.
- Jabbar -
- Ronney -
Tahun 2012, dalam bulan 10 aku mula bela Jabbar dulu. Beberapa bulan kemudian aku kesian tengok die sendirian tanpa teman jadi ak beli lagi sekor sugie betina nama die Ronney. Lepas kumpul duet selama beberapa bulan barulah aku beli pasangan mereka iaitu Galley. Alhamdulillah. Subur rupanye mereka nie. Maka lahirlah anak2 mereka yang comel2 belaka.
Kookie + Haha
Suzie + Sully
Alhamdulillah hari ini (19/2/2014), sepasang sugie telah dibeli dan dijaga oleh tuan mereka yang baru. Kedua2nya adalah Haha + Suzie. Walaupon sedih namun aku ikhlas lagipon nampak tuan baru dorang macam baek je. Jaga diri baek2 ye sayang. Mummy sentiasa sayang kalian. Namun mungkin ada yang lebih menyayangi kalian yang Allah dah aturkan sumenya. Insya Allah. Sesungguhnya Allah adalah perancang yang terbaek di alam semester. :)

