.:aku tetap aku:.

17 Oct 2014

OH CONVOCATION!

... BISMILLAH ...

Dunia sebenar bukan seperti yang pernah kita jangkakan kerana bukan semua yang indah itu membahagiakan. Namun, aku bersyukur kerana aku kini berjaya mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam Kelas Dua Tertinggi. Alhamdulillah. Pelbagai dugaan aku tempuhi dan akhirnya doa aku dimakbulkan oleh yang Maha Esa. Bahkan doa orang tua aku yang tidak putus2. Terima kasih ayah. Terima kasih ibu. Terima kasih atas jasa dan pengorbanan selama ini yang tidak pernah mengenal erti putus asa. Beruntunglah aku lahir dari rahim mu wahai ibu ku. 

Indahnya senyuman mu, terasa bahagia jiwa ini tatkala melihat mereka gembira. 



Alhamdulillah. 3 tahun aku menuntut ilmu untuk mendapatkan segulung ijazah, dan kini terbukti aku berjaya. Terima kasih atas segalanya Ya Allah.




Tidak dilupakan juga, buat tunangku tercinta. Abg, terima kasih kerana sentiasa bersama syg selama ini. 3 tahun perkenalan kita, 3 bulan kita bertunang, dan tinggal 3 minggu je lagi kita akan diijabkabul kan. Insya Allah. Jodoh pertemuan kita Allah dah susun. Kita akur akan takdirnya. Dan Insya Allah ini lah yang terbaik dari Yang Maha Esa. Amin yarabbal alamin.




Menuntut ilmu tanpa jemu, kami datang dengan restu ayah ibu,
Alhamdulillah kini ketemu, dimajlis nan indah penuh syahdu.

TERIMA KASIH YA ALLAH....
TERIMA KASIH AYAH!
TERIMA KASIH IBU!
DAN
TERIMA KASIH UTHM!