.:aku tetap aku:.

20 Sept 2018

LAHIRNYA PUTERI SULUNG UMMI DAN ABAH


Sungguh pantas masa berlalu, 28 May 2018 bersamaan 11 Ramadhan 1439H ummi selamat melahirkan puteri pertama kami yg diberi nama NUR AMNI ADILAH (cahaya ketenangan keadilan). 



Syukur kpd Illahi dgn izin dr Nya ummi dpt lahirkan awak secara normal. Subhanallah. Tidak sia2 usaha dan berkat doa org yg tersyg. Sejak dr Ammar umur 1y5m ummi berusaha utk beri adik pd Ammar. Tp br skrg Allah izinkan. Sbb Allah lbh tahu bila waktu yg terbaik. Alhamdulillah. 

Setahun yg lps ummi alami keguguran twins pd mgu ke-7, Allah lbh sygkan mereka. 3 bulan kemudian ummi disahkan mengandung sekali lagi. Alhamdulillah. Sejak tu ummi dan abah sgt2 berhati2. 3 bulan pertama mengandung ummi x kemana2, morning sickness pon teruk jugak smpai berat bdn turun mendadak. Tp bila habis je morning sickness masuk bulan kelima, huhuhu... berat naik mendadak smpai kena pantau dgn nurse dr kkia. 

Minum air gula pon result sangkut. Sabar jelah. Dh kena diet control sbb risau baby nnti besar dan hypo. Since dh kena diet control plak mcm2 tekak ummi nk mkn. Coklat plg x boleh lepas. Tmbhan plak umah dekat dgn kedai kek. Hurm. Dugaan betol. 

10 May 2018 kami sekeluarga berpindah ke BTR sbb dh 2 bulan abah ulang alik dr Melaka ke KL. Kesian abah. Sepjg 2 bulan tu jugak lah ummi dan Ammar tgal berdua di Melaka, Ammar peneman setia ummi pg check up kt kkia dan ke pjbt pos serta Mydin Jasin. Hehehe(rindunya kt Melaka)

Alhamdulillah ummi berkesempatan puasa utk 10 hari di bulan ramadhan tahun ni. Dan ada baki 19 hari yg perlu diganti. Nasib kau lah sbb salah setting due 

28 May 2018 masa tu ummi ingat lagi ummi start sakit sblm sahur antara pukul 4-5 pagi. Ummi dh mula rs senggugut. Nk berak tp x boleh. Jadi berdasarkan pengalaman kwn2 di fb dan apa yg ummi baca, tu mcm tanda2 nk bersalin. 

Jadi pukul 7 pagi lagi kami dh tercongok kt PAC HKL. Bila doktor pakar selok je, dia ckp dh bukak 3 cm dan kepala baby dh engaged. Masa tu mcm2 dlm kepala otak ummi. Fuhh. Seram sejuk semua ada. Betul ke ak dh nk bersalin ni?? (Bisik ummi dlm hati)

Pukul 10 am br dpt katil masuk wad. Sakit makin lama makin kuat dan kerap. Selera makan pon dah hilang. Dr masa ke sms, ummi bljr control nafas utk persediaan sblm bersalin. Masuk tgh hari br bukak 4 cm, hurm. X psl kena selok lg. Sakit weyh. 

Masuk ptg dlm pukul 5 lbh ummi dh rs nk terberak sgt2. Masuk toilet duduk kt dlm hmpir 10 minit tp x boleh berak jugak. Disbbkan penat dan katil jauh, ummi duduk lah kejap kt tepi "checking room" atau lbh dikenali seb "bilik selok". Doktor kt situ tanya "knp puan?". "Sya tumpg duduk jap. Sya rs nk terberak tp bila sya teran x boleh keluar" jujur ummi bg jwpan. Huhuhu.

Doktor pon suruh ummi masuk blik selok tu segera utk check bpe bukaan, rupanya dh 5cm dan kepala baby dh nmpk. Ya Allah. Masa tu ummi pon di suruh masuk LR segera. Tp LR full so kenalah tgu turn, dh pukul 7 pm br ada kosong dan ummi pon ditolak masuk LR. 

First time kan masuk LR, teruja kejap wlwpon masa tu tgh sakit. Hehehe. Ummi masuk LR plak time org nk buka puasa. Lps solat maghrib, ummi diberi masa 4 jam utk bertenang smntra air ketuban tak pecah lagi tmbhan plak bilik OT full. Sbb ummi ada kes masa anak pertama, so bilik OT kena sentiasa ready utk ummi kalau ada apa2 emergency. 4 jam? Lama betul ummi rs kena thn sakit. Allah shj Maha Mengetahui. Alhamdulillah suami sntiasa disisi. Abah tak putus2 bg ummi semangat dan baca yassin utk permudahkan proses bersalin. 

Pukul 10 lbh sakit makin kuat, dan makin kerap dr biasa. Air ketuban pecah naturally lps ummi teran kesakitan bila mengereng sblh kiri. Masa tu betul2 rs kepala baby dh nk keluar sgt2. Allahuakbar

Bidan ckp dia dh nmpk rmbut baby dan dh bukak 9cm, ummi cuma kena teran bila contractions shj. Ummi ikut araha bidan bila dia ckp "puan teran sekuat hati sbb kepala baby dh keluar ni". Ummi pon teran sekuat hati smbil tgan kanan genggam sekuat2 nya tgan abah. Terima kasih abah sbb bg ummi semangat. Love you 

Tepat 10.25pm Nur Amni Adilah lahir kedunia dgn selamat. Syukur alhamdulillah. Bidan letak awak atas dada ummi utk "skin to skin" kemudian abah amik awak utk diazankan. Berderai air mata ummi sebagai tanda syukur krn diizinkan oleh Allah merasa sakitnya melahirkan zuriat. Alhamdulillah. Itulah doa ummi sejak dl lg. Dan Allah dh pon makbulkan doa ummi. Semoga Nur Amni Adilah jadi ank solehah, hafizah, taat pd ummi dan abah, jaga hak Allah, hak agama, hak ummi dan abah, sentiasa bersyukur, berlemah lembut, jaga maruah diri dan keluarga, jadi adik yg penyanyang pd abg Ammar. 




22 Dec 2015

ANAK ITU HADIAH DARI ALLAH

Tanggal 23hb Julai 2015 bersamaan 7 Syawal Tahun 1436H, umie selamat melahirkan awak wahai anakku, MUHAMMAD AMMAR ANAQI BIN MUHAMMAD RIDHWAN. Alhamdulillah. Pelbagai ujian umie tempoh sepanjang mengandungkan  awak, 6 minggu diwad. Ramai kawan umie tau sepanjang tempoh tu. Macam2 ragam. Pada masa yang sama, banyak Allah ajar umie, almaklum la, anak sulung kan. Terima kasih Ya Allah.

Ammar 0 month 
Anak abah

Seharum syurga


Ammar dilahirkan secara caesarean, mana ada ibu nak operate tapi nak buat macam mana, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita berdua. Umie ditolak ke bilik OT seawal jam 12 tengah hari dan tepat jam 12:45 t/h awak pun lahir kedunia. Disaat umie mendengar tangisan mu wahai anak, berderai air mata ini, Allah Yang Maha Mengetahui.



7 days

Dihari ke-7, awak dan umie kena tahan wad sebab bacaan jaundice awak tinggi. Masuk wad lagi, tapi alhamdulillah 1 malam je. Awak dilahirkan pada minggu ke-36 dengan berat hanya 2.35kg. Semua orang yang umie jumpa mesti cakap awak nie  kecik, sedih hati nie. Selama sebulan umie bertungkus-lumus untuk susukan awak, nak berat awak naik. Dan izin Allah, berjaya jugak. Alhamdulillah.

Buah hati umie dan abah


Peristiwa pada 16 Jun 2015, takkan pernah umie lupa. Ya Allah…. Ia ibarat seperti baru semalam berlaku. Pada malam itu, umie tengah lepak2 dengan nenek sementara tunggu waktu isyak masuk. Sebaik sahaja azan abes  berkemundang, umie pon berdiri kemudian tetiba darah mengalir keluar dari serviks umie. Bukan sikit, hamper 3L umie rasa. Umie tak rasa sakit dan tak rasa nak bersalin, lagi pun masa tu baru week 30. Nenek terus call ambulance. Dan itulah saat pertama kali umie naik ambulance bertemankan abah disisi. Umie diberitahu yang umie akan ditahan wad sehingga bersalin, bayangkan masa tu baru week 30. Lama kot nak tunggu tapi bila difikirkan semula, Alhamdulillah umie tidak dipaksa bersalin awal. Kalau tak, anak  umie akan lahir pramatang, itu lagi akan membuatkan umie sedih. Biarlah umie yang kena tahan dari awak yang kena tahan. Kes umie bukan kes luar biasa tapi ia kes yang jarang berlaku, ia dipanggil PLACENTA PREVIA Phase III. Hurm. Umie redha.
Ammar in action

1st Year Anniversarry <3

Walaubagaimanapun, umie bersyukur sebab awak kini membesar dengan sihat disamping umie dan abah, Alhamdulillah. Allah telah berikan awak rezeki yang begitu banyak, sejak dari awak lahir lagi Allah dah bagi awak rezeki. In Shaa Allah, yakinlah dengan rezeki Allah. Umie bersyukur kerana Allah izinkan umie susukan awak dan kita kena sama2 yakin bahawa susu itu dari Allah bukan  dari umie. Umie hanya hamba yang hina dan Allah telah susun rezeki awak melalui umie. Alhamdulillah.

3 Month
4 Month
4 1/2 Month
Nukilan ini umie buat khas buat anak umie, TAAT lah pada perintah Allah dan Allah akan ajar awak untuk taat pada umie dan abah, yakinlah wahai anak umie. Umie dan abah sayangkan awak dunia akhirat. Amin.

Love till Jannah :)





- THE END-





12 Dec 2014

SUAMI, ISTERI DAN DOT DOT

Alhamdulillah. Kini aku sah bergelar isteri kepada MUHAMMAD RIDHWAN BIN KAMARUDIN. Insan yang setia dan sudi menerima aku seadanya. Terima kasih Ya Allah. Tanggal 15 November 2014 (Sabtu), kami diijabkabulkan dengan berwalikan ayahanda ku tercinta, MD YUSUP BIN ABU HASHIM dengan mas kahwinnya seutas gelang tangan. Juraian air mata mengalir disaat ijab dan kabul dilafazkan, SubhanaAllah, Terasa sungguh indah cinta yang Engkau ciptakan untuk kami Ya Allah. Semoga bahtera yang dibina kekal hingga ke syurga. Amin.


MAJLIS AKAD NIKAH 






MAJLIS RESEPSI






















Terima kasih kepada semua yang terlibat sama secara lansung atau tidak lansung, terima kasih juga kerana sudi berkongsi saat indah ini bersama kami. Alhamdulillah. Doa kalian akan sentiasa bersama kami. Insya Allah. :)

17 Oct 2014

OH CONVOCATION!

... BISMILLAH ...

Dunia sebenar bukan seperti yang pernah kita jangkakan kerana bukan semua yang indah itu membahagiakan. Namun, aku bersyukur kerana aku kini berjaya mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam Kelas Dua Tertinggi. Alhamdulillah. Pelbagai dugaan aku tempuhi dan akhirnya doa aku dimakbulkan oleh yang Maha Esa. Bahkan doa orang tua aku yang tidak putus2. Terima kasih ayah. Terima kasih ibu. Terima kasih atas jasa dan pengorbanan selama ini yang tidak pernah mengenal erti putus asa. Beruntunglah aku lahir dari rahim mu wahai ibu ku. 

Indahnya senyuman mu, terasa bahagia jiwa ini tatkala melihat mereka gembira. 



Alhamdulillah. 3 tahun aku menuntut ilmu untuk mendapatkan segulung ijazah, dan kini terbukti aku berjaya. Terima kasih atas segalanya Ya Allah.




Tidak dilupakan juga, buat tunangku tercinta. Abg, terima kasih kerana sentiasa bersama syg selama ini. 3 tahun perkenalan kita, 3 bulan kita bertunang, dan tinggal 3 minggu je lagi kita akan diijabkabul kan. Insya Allah. Jodoh pertemuan kita Allah dah susun. Kita akur akan takdirnya. Dan Insya Allah ini lah yang terbaik dari Yang Maha Esa. Amin yarabbal alamin.




Menuntut ilmu tanpa jemu, kami datang dengan restu ayah ibu,
Alhamdulillah kini ketemu, dimajlis nan indah penuh syahdu.

TERIMA KASIH YA ALLAH....
TERIMA KASIH AYAH!
TERIMA KASIH IBU!
DAN
TERIMA KASIH UTHM!