Tanggal 23hb Julai 2015
bersamaan 7 Syawal Tahun 1436H, umie selamat melahirkan awak wahai anakku, MUHAMMAD AMMAR ANAQI BIN MUHAMMAD RIDHWAN.
Alhamdulillah. Pelbagai ujian umie tempoh sepanjang mengandungkan awak, 6 minggu diwad. Ramai kawan umie tau
sepanjang tempoh tu. Macam2 ragam. Pada masa yang sama, banyak Allah ajar umie,
almaklum la, anak sulung kan. Terima kasih Ya Allah.
 |
| Ammar 0 month |
 |
| Anak abah |
 |
| Seharum syurga |
Ammar dilahirkan secara
caesarean, mana ada ibu nak operate tapi nak buat macam mana, Allah lebih tahu
apa yang terbaik untuk kita berdua. Umie ditolak ke bilik OT seawal jam 12
tengah hari dan tepat jam 12:45 t/h awak pun lahir kedunia. Disaat umie
mendengar tangisan mu wahai anak, berderai air mata ini, Allah Yang Maha
Mengetahui.
 |
7 days
Dihari ke-7, awak dan
umie kena tahan wad sebab bacaan jaundice awak tinggi. Masuk wad lagi, tapi
alhamdulillah 1 malam je. Awak dilahirkan pada minggu ke-36 dengan berat hanya
2.35kg. Semua orang yang umie jumpa mesti cakap awak nie kecik, sedih hati nie. Selama sebulan umie
bertungkus-lumus untuk susukan awak, nak berat awak naik. Dan izin Allah, berjaya
jugak. Alhamdulillah.
|
 |
Buah hati umie dan abah
Peristiwa pada 16 Jun
2015, takkan pernah umie lupa. Ya Allah…. Ia ibarat seperti baru semalam berlaku.
Pada malam itu, umie tengah lepak2 dengan nenek sementara tunggu waktu isyak
masuk. Sebaik sahaja azan abes berkemundang,
umie pon berdiri kemudian tetiba darah mengalir keluar dari serviks umie. Bukan
sikit, hamper 3L umie rasa. Umie tak rasa sakit dan tak rasa nak bersalin, lagi
pun masa tu baru week 30. Nenek terus call ambulance. Dan itulah saat pertama kali
umie naik ambulance bertemankan abah disisi. Umie diberitahu yang umie akan
ditahan wad sehingga bersalin, bayangkan masa tu baru week 30. Lama kot nak
tunggu tapi bila difikirkan semula, Alhamdulillah umie tidak dipaksa bersalin
awal. Kalau tak, anak umie akan lahir
pramatang, itu lagi akan membuatkan umie sedih. Biarlah umie yang kena tahan
dari awak yang kena tahan. Kes umie bukan kes luar biasa tapi ia kes yang
jarang berlaku, ia dipanggil PLACENTA PREVIA Phase III. Hurm. Umie redha.
|
 |
| Ammar in action |
 |
| 1st Year Anniversarry <3 |
Walaubagaimanapun, umie
bersyukur sebab awak kini membesar dengan sihat disamping umie dan abah,
Alhamdulillah. Allah telah berikan awak rezeki yang begitu banyak, sejak dari
awak lahir lagi Allah dah bagi awak rezeki. In Shaa Allah, yakinlah dengan
rezeki Allah. Umie bersyukur kerana Allah izinkan umie susukan awak dan kita
kena sama2 yakin bahawa susu itu dari Allah bukan dari umie. Umie hanya hamba yang hina dan
Allah telah susun rezeki awak melalui umie. Alhamdulillah.
 |
| 3 Month |
 |
| 4 Month |
 |
| 4 1/2 Month |
Nukilan ini umie buat
khas buat anak umie, TAAT lah pada perintah Allah dan Allah akan ajar awak
untuk taat pada umie dan abah, yakinlah wahai anak umie. Umie dan abah sayangkan
awak dunia akhirat. Amin.
 |
Love till Jannah :)
- THE END- |